Mom bertukar hijau sebab cuti sekolah dah bermula?
Siapa yang belum tukar hijau, sila angkat tanvan? Saya la tu hahaha macam tipu gila. Sedangkan masa tak cuti sekolah pun dah selalu jadi hulk, inikan pula masa cuti sekolah
Hanya mak-mak yg duduk rumah je faham kot hehe. Tapi kalau yg lain pun faham, bagus juga, sama-sama lah kita bertukar hijau kah!
So apa aktiviti korang cuti sekolah ni?
Ok harini saya nak cerita tentang aktiviti kitorang satu family minggu lepas, iaitu minggu pertama cuti sekolah
Sememangnya plan yang terbaik adalah plan yang tak dirancang, tak dirancang oleh kami, tapi semestinya dah ditetapkan olehNya
Mula-mula plannya en suami nak naik bas ke Triang, untuk pick up pajero yang dah siap direpair. Tapi sekali, tiket bas petang sangat, takut lewat sangat sampai, so kami decide untuk pergi ke sana drive sahaja
Jadi satu family ke Triang. Angkut semua anak-anak. Dalam perjalanan tu, en suami tanya nak pergi tengok gajah tak?
Rupa-rupanya, ada pusat penjagaan gajah di daerah Temerloh. Namanya Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
So sebelum terus pick up pajero, kami singgah dulu melawat gajah
Masuk percuma je. Kalau tengok dekat website dia, ada banyak aktiviti yang disedaikan
Ada tayangan video, lintasan gajah, mandikan anak gajah, bagi gajah makan
Kami hanya bagi gajah makan sahaja. Dekat situ ada jual tebu dan pisang. Si ammar ni nak sangat bagi gajah makan, so kita layankan aja. Kitorg beli seikat tebu yg dah dipotong pendek, dapat la bagi makan dlm 10kali
Tapi sekali je dia bagi. Rupanya sebab dia geli dengan hembusan nafas gajah yg keluar ikut belalai tu. Hehe. Takpe, pengalaman. Yang adik-adik pulak memang taknak bagi gajah makan langsung. Cuak plus geli. Ikut ummi kot
Kami tak lama pun kat situ, dalam setengah jam je. Dah pusing-pusing tengok gajah, kami pun sambung perjalanan ke Triang
On the way balik ke KL, en suami drive pajero, saya drive lagi satu kereta, ditemani muaz sayang. Yang lain semua ikut ayahnya
Best jugak ummi dapat so called me-time. Muaz tidur je sepanjang perjalanan, sampailah berhenti di tol Bentong untuk isi minyak dan solat jamak maghrib dan isya
Best drive sorang2 ni, dah lama tak drive jauh sorang2, layan view, layan lap, layan keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Agung

Comments
Post a Comment